CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 16, 2008

Aku DEMAMMMM ngan GASTRIC

Aku demam hari ini. Sejak hari Sabtu lagi perut sudah rasa tak selesa. Entah apa yg ku makan. Pada Ahad tu pulak, office pulak teramat sejuk tambahan pulak hari hujan. Hari tu tak bawa sweater cuma bawa shawl je, ingat kan tak sejuk sangat sebab biasa nyer Sabtu ngan Ahad mereka akan tutup air cond sebab jalan ujian tanpa beban. Malam tu dah start demam sikit dan cirit birit. Hari isnin ingatkan dah ok sikit. Malam tu tiba2 kesejukan smpi tutup aircond, kipas pun tak pasang tetapi tangan masih jugak sejuk. Saya letakkan jari dekat badan GirlGirl sebab badan dia panas. Yang best nyer dia pun tak bergerak langsung sepanjang malam tu biarkan tangan i melekat kat badan , kalau hari biasa jangan lar harap. Hari ini smpi je keje, sudah tak tahan, kena gi tengok doctor sebab tak tahan demam ngan gastric. Doc bagi byk jenis ubat.